Perkhidmatan pinjaman dan pembekalan buku kepada pelanggan di Perpustakaan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan. Buku yang ditempah akan dipinjam dan diserahkan kepada pelanggan di Kaunter Pinjaman Perpustakaan ASWARA Tingkat 3 Blok B ASWARA.
Permohonan tertakluk kepada status buku yang dipohon dan terma & syarat yang ditetapkan.Jika sedang dipinjam pelanggan lain, buku tidak dapat dibekalkan. Sekiranya waktu pungutan buku tidak ditepati, pelanggan diminta untuk menghubungi semula pihak perpustakaan untuk temujanji seterusnya.
HUBUNGI :Tel : 03-27785985/5986E-mel : info.library@aswara.edu.my