Terminal WebOPAC 12 buah komputer disediakan sebagai terminal WebOPAC di Aras 3,4 dan 5 bagi kemudahan pengguna membuat pencarian koleksi perpustakaan. Pengguna juga dibenarkan untuk menggunakan terminal ini bagi mengakses sumber elektronik.
Mesin Pencetak Mesin pencetak di sediakan di Aras 3 , bagi membolehkan pengguna membuat salinan bahan rujukan koleksi terhad dan cetakan sumber elektronik melalui komputer yang disediakan di dalam perpustakaan. Pengguna akan dikenakan kadar bayaran tertentu bagi cetakan dan salinan. Pengguna perlu membuat permohonan di kaunter bagi menggunakan kemudahan ini.
Akses Internet (Wi-Fi) Pengguna boleh mengguankan capaian internet Wi-fi di dalam perpustakaan dengan menggunakan akaun akses yang didaftarkan. Pengguna luar boleh menggunakan perkhidmatan ini dengan log masuk akaun "Guest".
Loker Simpanan Loker simpanan di sediakan di Pintu masuk utama Aras 3 perpustakaan. Terdapat 2 loker iatu loker awam terbuka dan loker pintar. Bagi penggunaan Loker Pintar pengguna perlu membuat permohonan dan tempoh penggunaan terhad 1 Jam sahaja.