Akaun Pengguna Perpustakaan merupakan kemudahan dalam sistem WebOPAC Koha yang membolehkan pengguna mengakses dan mengurus maklumat keahlian serta aktiviti pinjaman perpustakaan secara dalam talian. Melalui akaun ini, pengguna boleh:
Menyemak maklumat akaun dan status keahlian;
Menyemak bahan yang sedang dipinjam dan tarikh pemulangan;
Membuat pembaharuan tempoh pinjaman bahan, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan;
Membuat tempahan bahan dan menyemak status tempahan;
Menyemak sejarah pinjaman; dan
Menyemak denda, caj atau tunggakan yang berkaitan dengan akaun.
Cara Log Masuk
Sila log masuk menggunakan ID Pengguna (No. Kad Pengenalan) dan kata laluan Aswara + 2 digit terakhir No. Kad Pengenalan.
Contoh:
ID Pengguna: 950615146351
Kata Laluan: Aswara51
Pengguna Kali Pertama
Bagi pengguna yang pertama kali log masuk, anda digalakkan untuk menetapkan semula kata laluan bagi meningkatkan keselamatan akaun. Klik “Forgot your password?” pada halaman log masuk dan ikuti arahan yang diberikan untuk menetapkan kata laluan baharu.
Sekiranya anda menghadapi sebarang pertanyaan atau masalah untuk mengakses akaun, sila hubungi Perpustakaan ASWARA di talian 03-2778 5985 / 5986 untuk bantuan.